assalamualaikum... uwaaaa...... *menguap*
aku memang suka taip entry di tengah-tengah pagi. mungkin suasana yang tenang dan sunyi kot.. apa kejadahnya laa.. baik tahajud kan??. aku ni memang malas plus malas plus malas plus baloq plus liat.. kalah lepat liat weiyh!..
sudah! merapu!.. kembali pada fokus asal....
***PraU tu... Form 6 tu... !!***
waahhhhh!!! tajuk nampak macam aku terlalu gembira and excited giloss nak masuk fom6 beb!!.. hahaha.... yaka aku excited nak mamposs?? ahh.. sudah tentu tidak beb!. aku ini malas dari segala aspek kut!. tahajud pun malas, sedangkan itu perkara yang senang. tapi aku tak mampu nak buat, tambahan lah lagi bangun awal, sarung baju uniform pastu pergi sekolah pulak.. haa.. ini memang aku malas sesangat-sangat oke!.. aku tak tipu.!.. aku tak suka fom6... !!
malam isnin bersamaan 5 mei.. hurm.. memang perasaan nak pergi fom6 tu berbelah bahagi kut.. seryes tak buhong... aku call orang merata kut, untuk mintak kepastian sama ada lepa nak pergi or skip ja fom6 tuh.. huhu.. aku call kawan-kawan yang dapat sama dengan aku lah.. macam mazidah, taha and zizah (tak lupa jugak FatinNaimah)..
first aku call mazidah, nak comfirmkan pakaian aku nak pergi daftar ni.. ceh niat nak pergi sekolah tu sebab nak pergi daftar ja, lepas tu memang nak belah arr... hikhik.. *niat pun ke laut*.. Then, decide nak pakai Kurung ja.. Untuk mintak kepastian lagi aku call fatha... Alamak! minah ni lagi jebon, tak nak pergi langsung!.. mak aih minah ni.. hahaha.. Tapi, aku takboleh nak halang. itu hak masing-masing nak decide pergi or not..
okey, kisah fatha, kisah lain.. aku call pulak zizah nak mintak kepastian.. Azizah ni memang semangat sikit kalau bab-bab belajar or apa-apa kerja lah.. termasuk nak daftar Fom6 nih, bersemangat sungguh!. dia dah prepare kut baju sekolah a.k.a baju rasmi 'pelajar sekolah' (kain biru, baju n tudung putih).. so not elegant! hahaha... satu lagi aku taksuka fom6, aku tak sukairon baju sekolah oke.. pakai baju sekolah tak pa lagi.. tapi mai kat meng'iron'.. memang aku malas..

so bagi mengikut perancangan azizah, so kami batalkan la niat kami nak pakai Kurung tu... hahaha.. takpa.. since aku pernah jadi pelajar dulu.. hee.. tapi, masa aku tengah kalut cari baju sekolah aku yang lepas-lepas tu, baru aku ingat yang mak aku dah jual baju sekolah time fom4 dulu.. alahai.. !!.. baju aku di jual orang nampaknya..!! hahaha.. haru-biru malam tu kut.. tapi pelik, aku tak berputus asa kut. aku cari lagi sampai jumpa. Lastly, aku 'ter'jumpa baju sekolah aku yang time fom3 dulu.. hehehe... alhamdulillah jumpa.. memang aku bernasib baik sesangat-sangat.. huhuhu...

tetiba baru aku sedar and aku dapat buat kesimpulan dari perbuatan yang aku buat malam tu.. rupanya, aku tak rasa sikit pun yang masuk fom6 ni membebankan aku oke! ni sebab aku masih mencari baju sekolah aku yg dulu walaupun baju sekolah aku 'ditakrifkan' tiada... aku still cari, sedangkan aku boleh ja pakai Kurung takpun tak payah pergi daftar fom6 tu.. tapi dalam hati ni macam rasa aku patut pergi daftar and join fom6 study! hahaha.. semangat ni payah aku nak dapat taw!
eh!..dah sampai sekolah rupanya..!.. haa.. aku lewat kut.. mazidah sampai dulu dari aku.. azizah pun sama...... : ) .. semangat betoi!!.. hahaha... oke jejalan lah aku and 2 kawan aku tuh.. daftarlah kat praU syed Omar.. agak terkejut jugak aku nih bila aku tengok ramai bebudak daftar untuk aliran sains berbanding aliran sastera.. wah!! macam tak caya ja.. okeeyy.. aku, zah n mazidah pun sama.. aliran sains.. *sedih plus terkejut* : (
lepas pendaftaran kan, aku ingtakan boleh belah..!!.. rupanya sangkaan kami meleset kut.,. baru ingat nak balik sambung tido.. rupanya tak boleh.. balik pun pukul dua kut!.. sedih lagi.. dalam hati ni memberontak nak balik..!!.. dalam otak aku ni duk berligat pusing "aku takmo mai dah esok!"... hahaha... tapi sayang, kata-kata aku tu hanya sekadar kata-kata dan angan-angan.. :'(. cikgu Wan Shahida telah memberi amaran keras kepada kami supaya hadir ke sekolah hari-hari selepas pendaftaran.. huhuhu.. habis lah aku!!
sebenarnya, aku tak la malas sangat nak pergi sekolah.. cuma aku risau, rumah aku ni jauh kut dari sekolah.. dah la daerah lain.. Kubang Pasu tu, 12 kilometer jauhnyaa!!.. jenuh la abah nak hantaq aku hari-hari pergi sekolah... miskinlah aku, hari-hari kena hantaq.. aceehhhh!!!.. ayat ja lebih... ;).. ayat abah yang selalu aku dengar.."ada hikmah semua ni!".. nampak macam abah tak kesah ja semua ni terjadi.. so apa masalah aku, yang aku tak boleh nak pergi ke sekolah, hah?? abah redha kut!.. :)
so ramai motivator aku daripada pelbagai peringkat umur telah memberi nasihat serta dorongan selepas aku mendaftar masuk ke fom6.. antaranya, mak abah (ofcoz la..), toklangs, makandak, makteh, maksu, malklang Ja, paksu Deen, maklong and ramai lagi... (sorry hanna tak ingat.. ramai sangat).. terima kasih atas dorongan dan doa mereka yang membolehkan aku bersemangat sangat nak masuk fom6..!!.. aku sayang lepa!!... :)..
without skip any days.. aku pergi ke sekolah macam biasa, pakai baju sekolah macam biasa and aku jadi student biasa... time orientasi, banyak perkara yang aku dapat! maklumat pasal sistem semester bagi pelejar STPM.. macam-macam.. kos-kos yang sekolah aku tawar memang best! aku tak tipu... seriously, tetiba aku dapat kekuatan yang entah dari mana datangnya untuk aku terus belajar kat syed omar! hahaha...
.jpg) |
nampak tak? aku siap bulat lagi nak amik prau1a. sebab aku nak amik kos geo n bm :) |
untuk pengetahuan aku yang sedia ada ni, kos-kos yang sekolah syed omar tawarkan kebanyakannya tak ada di sekolah lain. tambah-tambah subjek akaun. dekat kota setar hanya sekolah syed omar and STAR ja yang ada kos akaun untuk PraU.. so ramai lah manusia yang akan masuk ke sekolah syed omar semata-mata nak amik kos akaun.. :) im so proud to be Omarian student okey! haha.. ceh! selama 5 tahun aku duk bertapa kat syed omar tak pernah pun nak rasa bangga.. tapi lepas masuk PraU, baru perasaan tu datang, apahal nya??
dari hari awal aku mendaftar sampai lah hari yang ke-5 aku ke sekolah, iaitu hari sabtu bersamaan 10 mei. hari tu aku keseorangan ja kat sekolah. Mazidah and Azizah tak datang. aku bertapa kat dewan tu sorang-sorang kut.. meleleh air peluh ni taw sebab boring menunggu masa nak balik.. haha.. nasib baik sepanjang masa persekolahan tu tak banyak buat aktiviti, hanya sekadar bermain.. so tak lah rasa sedih teramat-amatan sangat..
aku duk seorang diri dari awal pagi sampai pukul 12.30 macam tu.. sedih. !!.. dah la penghulu aka ketua tak bagi nasi.. haa yang ni aku nak baran la kat cina jebon tu.!! kata ketua, ketua mesti la kena caring dengan anak bawahan dia.. ni tak. dah taw aku tinggai sorang hulur-hulurkan lah nasi tu. dah nasi tu untuk semua budak praU! bukannya hak dia pun!!! huhuhu.. kalau dapat nasi tu kan dah jimat duit! huhu aku benci mamat cina poyoss tu! >,<
Nasib agak baik bila ada sorang gegirl cina tegur aku.. baiknya dia! dia ajak aku join grup dia. geng-geng grup dia baik and peramah.. seriously aku duk dengan lepa, macam dah kenal lama ja.! tapi sorang pun aku tak ingat nama.. sorry sayangss... yang aku taw diorang dari SMK Mergong.. =) tengkiu kawan-kawan! aku takpenah lupakan muka korang tu!.. walaupun kita berkenalan hanya taksampai 2 jam.. *lap air mata*
hari tu jugak la result UPU keluar.. aku macam tak ambil kisah sangat. dalam pukul 12.30 macam tu la, cikgu wan Shahida suruh kitorang check. sebab cikgu nak mula booking pelajar yang nak stay or nak blah dari PraU syed omar. hehe.. ramai dari budak-budak PraU ni pergi check. ada yang check dekat cikgu Yati la, cikgu Safi la and cikgu Wan.
aku? semestinya tidak!!.. aku taksuka check awal-awal. sama macam result matriks hari tu, aku takut yang aku tak dapat tempat kat mana-mana IPTA. so aku check memang lambat giloss.. aku check lambat coz aku taknak sepanjang hari sabtu hari tu dicemari tangisan tanpa tawa.. pastu aku balik lewat pulak sebab tolong tecer, nanti kalau cikgu-cikgu lain tanya pasal result UPU tu, tak ka naya ja? that why aku taknak check awal-awal. satu lagi! aku taknak cikgu-cikgu lain nampak riak wajah sedih aku sebab tak dapat UPU.. :'(
okey settle about that day. and aku sudah pun membuat keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran aku di PraU syed omar. aku sempat berada di PraU syed omar dalam 8 hari. lama tak? lebih dari seminggu kut.. :) be proud to my self!
then, aku pun sebenarnya memang dah pasang azam, kalau aku ni dah memang tak ada pilihan lain and ditempatkan di PraU syed omar ni, apa boleh buat? perjuangan harus diteruskan. iyo idak? tapi mestilah aku nak peluang yang lebih baik. dan peluang yang lebih baik itu datang. Datangnya dari Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. =D
ni aku kepilkan gambo-gambo barangan di orientasi PraU syed omar! :)
p/s: kalau nak baca entry lama-lama or yang baru-baru sila lah tekan
older post or
newer post yer.. sorry sebab takde blog achieve..hehehe.. and selamat membaca :)