Wednesday, 28 May 2014

PraU.. pengalaman baru :)


assalamualaikum... uwaaaa...... *menguap*



aku memang suka taip entry di tengah-tengah pagi. mungkin suasana yang tenang dan sunyi kot.. apa kejadahnya laa.. baik tahajud kan??. aku ni memang malas plus malas plus malas plus baloq plus liat.. kalah lepat liat weiyh!..


sudah! merapu!.. kembali pada fokus asal....


***PraU tu... Form 6 tu... !!***



waahhhhh!!! tajuk nampak macam aku terlalu gembira and excited giloss nak masuk fom6 beb!!.. hahaha.... yaka aku excited nak mamposs?? ahh.. sudah tentu tidak beb!. aku ini malas dari segala aspek kut!. tahajud pun malas, sedangkan itu perkara yang senang. tapi aku tak mampu nak buat, tambahan lah lagi bangun awal, sarung baju uniform pastu pergi sekolah pulak.. haa.. ini memang aku malas sesangat-sangat oke!.. aku tak tipu.!.. aku tak suka fom6... !!


malam isnin bersamaan 5 mei.. hurm.. memang perasaan nak pergi fom6 tu berbelah bahagi kut.. seryes tak buhong... aku call orang merata kut, untuk mintak kepastian sama ada lepa nak pergi or skip ja fom6 tuh.. huhu.. aku call kawan-kawan yang dapat sama dengan aku lah.. macam mazidah, taha and zizah (tak lupa jugak FatinNaimah)..


first aku call mazidah, nak comfirmkan pakaian aku nak pergi daftar ni.. ceh niat nak pergi sekolah tu sebab nak pergi daftar ja, lepas tu memang nak belah arr... hikhik.. *niat pun ke laut*.. Then, decide nak pakai Kurung ja.. Untuk mintak kepastian lagi aku call fatha... Alamak! minah ni lagi jebon, tak nak pergi langsung!.. mak aih minah ni.. hahaha.. Tapi, aku takboleh nak halang. itu hak masing-masing nak decide pergi or not..


okey, kisah fatha, kisah lain.. aku call pulak zizah nak mintak kepastian.. Azizah ni memang semangat sikit kalau bab-bab belajar or apa-apa kerja lah.. termasuk nak daftar Fom6 nih, bersemangat sungguh!. dia dah prepare kut baju sekolah a.k.a baju rasmi 'pelajar sekolah' (kain biru, baju n tudung putih).. so not elegant! hahaha... satu lagi aku taksuka fom6, aku tak sukairon baju sekolah oke.. pakai baju sekolah tak pa lagi.. tapi mai kat meng'iron'.. memang aku malas..


so bagi mengikut perancangan azizah, so kami batalkan la niat kami nak pakai Kurung tu... hahaha.. takpa.. since aku pernah jadi pelajar dulu.. hee.. tapi, masa aku tengah kalut cari baju sekolah aku yang lepas-lepas tu, baru aku ingat yang mak aku dah jual baju sekolah time fom4 dulu.. alahai.. !!.. baju aku di jual orang nampaknya..!! hahaha.. haru-biru malam tu kut.. tapi pelik, aku tak berputus asa kut. aku cari lagi sampai jumpa. Lastly, aku 'ter'jumpa baju sekolah aku yang time fom3 dulu.. hehehe... alhamdulillah jumpa.. memang aku bernasib baik sesangat-sangat.. huhuhu...



tetiba baru aku sedar and aku dapat buat kesimpulan dari perbuatan yang aku buat malam tu.. rupanya, aku tak rasa sikit pun yang masuk fom6 ni membebankan aku oke! ni sebab aku masih mencari baju sekolah aku yg dulu walaupun baju sekolah aku 'ditakrifkan' tiada... aku still cari, sedangkan aku boleh ja pakai Kurung takpun tak payah pergi daftar fom6 tu.. tapi dalam hati ni macam rasa aku patut pergi daftar and join fom6 study! hahaha.. semangat ni payah aku nak dapat taw!


eh!..dah sampai sekolah rupanya..!.. haa.. aku lewat kut.. mazidah sampai dulu dari aku.. azizah pun sama...... : ) .. semangat betoi!!.. hahaha... oke jejalan lah aku and 2 kawan aku tuh.. daftarlah kat praU syed Omar.. agak terkejut jugak aku nih bila aku tengok ramai bebudak daftar untuk aliran sains berbanding aliran sastera.. wah!! macam tak caya ja.. okeeyy.. aku, zah n mazidah pun sama.. aliran sains.. *sedih plus terkejut* : (



lepas pendaftaran kan, aku ingtakan boleh belah..!!.. rupanya sangkaan kami meleset kut.,. baru ingat nak balik sambung tido.. rupanya tak boleh.. balik pun pukul dua kut!.. sedih lagi.. dalam hati ni memberontak nak balik..!!.. dalam otak aku ni duk berligat pusing "aku takmo mai dah esok!"... hahaha... tapi sayang, kata-kata aku tu hanya sekadar kata-kata dan angan-angan.. :'(. cikgu Wan Shahida telah memberi amaran keras kepada kami supaya hadir ke sekolah hari-hari selepas pendaftaran.. huhuhu.. habis lah aku!!


sebenarnya, aku tak la malas sangat nak pergi sekolah.. cuma aku risau, rumah aku ni jauh kut dari sekolah.. dah la daerah lain.. Kubang Pasu tu, 12 kilometer jauhnyaa!!.. jenuh la abah nak hantaq aku hari-hari pergi sekolah... miskinlah aku, hari-hari kena hantaq.. aceehhhh!!!.. ayat ja lebih... ;).. ayat abah yang selalu aku dengar.."ada hikmah semua ni!".. nampak macam abah tak kesah ja semua ni terjadi.. so apa masalah aku, yang aku tak boleh nak pergi ke sekolah, hah??  abah redha kut!.. :)


so ramai motivator aku daripada pelbagai peringkat umur telah memberi nasihat serta dorongan selepas aku mendaftar masuk ke fom6.. antaranya, mak abah (ofcoz la..), toklangs, makandak, makteh, maksu, malklang Ja, paksu Deen, maklong and ramai lagi... (sorry hanna tak ingat.. ramai sangat).. terima kasih atas dorongan dan doa mereka yang membolehkan aku bersemangat sangat nak masuk fom6..!!.. aku sayang lepa!!... :)..


without skip any days.. aku pergi ke sekolah macam biasa, pakai baju sekolah macam biasa and aku jadi student biasa... time orientasi, banyak perkara yang aku dapat! maklumat pasal sistem semester bagi pelejar STPM.. macam-macam.. kos-kos yang sekolah aku tawar memang best! aku tak tipu... seriously, tetiba aku dapat kekuatan yang entah dari mana datangnya untuk aku terus belajar kat syed omar! hahaha...

nampak tak? aku siap bulat lagi nak amik prau1a. sebab aku nak amik kos geo n bm :)

untuk pengetahuan aku yang sedia ada ni, kos-kos yang sekolah syed omar tawarkan kebanyakannya tak ada di sekolah lain. tambah-tambah subjek akaun. dekat kota setar hanya sekolah syed omar and STAR ja yang ada kos akaun untuk PraU.. so ramai lah manusia yang akan masuk ke sekolah syed omar semata-mata nak amik kos akaun.. :) im so proud to be Omarian student okey! haha.. ceh! selama 5 tahun aku duk bertapa kat syed omar tak pernah pun nak rasa bangga.. tapi lepas masuk PraU, baru perasaan tu datang, apahal nya??



dari hari awal aku mendaftar sampai lah hari yang ke-5 aku ke sekolah, iaitu hari sabtu bersamaan 10 mei. hari tu aku keseorangan ja kat sekolah. Mazidah and Azizah tak datang. aku bertapa kat dewan tu sorang-sorang kut.. meleleh air peluh ni taw sebab boring menunggu masa nak balik.. haha.. nasib baik sepanjang masa persekolahan tu tak banyak buat aktiviti, hanya sekadar bermain.. so tak lah rasa sedih teramat-amatan sangat..


aku duk seorang diri dari awal pagi sampai pukul 12.30 macam tu.. sedih. !!.. dah la penghulu aka ketua tak bagi nasi.. haa yang ni aku nak baran la kat cina jebon tu.!! kata ketua, ketua mesti la kena caring dengan anak bawahan dia.. ni tak. dah taw aku tinggai sorang hulur-hulurkan lah nasi tu. dah nasi tu untuk semua budak praU! bukannya hak dia pun!!! huhuhu.. kalau dapat nasi tu kan dah jimat duit! huhu aku benci mamat cina poyoss tu! >,<


Nasib agak baik bila ada sorang gegirl cina tegur aku.. baiknya dia! dia ajak aku join grup dia. geng-geng grup dia baik and peramah.. seriously aku duk dengan lepa,  macam dah kenal lama ja.! tapi sorang pun aku tak ingat nama.. sorry sayangss... yang aku taw diorang dari SMK Mergong.. =) tengkiu kawan-kawan! aku takpenah lupakan muka korang tu!.. walaupun kita berkenalan hanya taksampai 2 jam..  *lap air mata*


hari tu jugak la result UPU keluar.. aku macam tak ambil  kisah sangat. dalam pukul 12.30 macam tu la, cikgu wan Shahida suruh kitorang check. sebab cikgu nak mula booking pelajar yang nak stay or nak blah dari PraU syed omar. hehe.. ramai dari budak-budak PraU ni pergi check. ada yang check dekat cikgu Yati la, cikgu Safi la and cikgu Wan.


aku? semestinya tidak!!.. aku taksuka check awal-awal. sama macam result matriks hari tu, aku takut yang aku tak dapat tempat kat mana-mana IPTA. so aku check memang lambat giloss.. aku check lambat coz aku taknak sepanjang hari sabtu hari tu dicemari tangisan tanpa tawa.. pastu aku balik lewat pulak sebab tolong tecer, nanti kalau cikgu-cikgu lain tanya pasal result UPU tu, tak ka naya ja? that why aku taknak check awal-awal. satu lagi! aku taknak cikgu-cikgu lain nampak riak wajah sedih aku sebab tak dapat UPU.. :'(


okey settle about that day. and aku sudah pun membuat keputusan untuk tidak melanjutkan pelajaran aku di PraU syed omar. aku sempat berada di PraU syed omar dalam 8 hari. lama tak? lebih dari seminggu kut.. :) be proud to my self!


then, aku pun sebenarnya memang dah pasang azam, kalau aku ni dah memang tak ada pilihan lain and ditempatkan di PraU syed omar ni, apa boleh buat? perjuangan harus diteruskan. iyo idak? tapi mestilah aku nak peluang yang lebih baik. dan peluang yang lebih baik itu datang. Datangnya dari Allah.. Alhamdulillah.. terima kasih Ya Allah.. =D



ni aku kepilkan gambo-gambo barangan di orientasi PraU syed omar! :)




p/s: kalau nak baca entry lama-lama or yang baru-baru sila lah tekan older post or newer post yer.. sorry sebab takde blog achieve..hehehe.. and selamat membaca :)
Share:

Friday, 16 May 2014

Husnudzon 2


assalamualaikum... atototo...

(p/s: entry ini sudah lama ditulis.. cuma tidak di'publish'kan sahaja utk tatapan umum... hehe... )

hurm.. nak kata lama tinggai belog ni, tak la lama sangat.. kawan-kawan aku lagi lama tak update.. tolong update belog ya kawan-kawan! harap maklum..mueeheee... mood time aku menaip entri ni adalah mood sedih yang berlatar belakangkan lagu titanic.. huhuhu.. sedih sedih sedih sedih sedih sedih... taip punya taip.. aku lupa apa aku nak storykan dekat belog harini..


so nak dijadikan story.. hari ni keluar result kemasukan ke matrikulasi bagi sesi 2014/2015..eh macam formal pulak?.. uhuhu..  aku tak dapat! harap maklum.. sebab tu la boleh jadi kisah sedih pada hari ni. actually start dari form 4 lagi aku memang target nak masuk matriks.. aku terpengaruh la dengan senior-senior dulu, yang mengatakan matriks tu best selain asasi..




aku dulu teringin nak masuk asasi.. tambah-tambah asasi sains.. huhuhu.. aku bajet macam senang la nak masuk asasi and matriks ni..tapi lepas saja dari ujian mid-year 2012... mood aku terus down untuk amik kos asasi sains.. sebab aku tak cekang pun subjek-subjek sains.. so hanya matriks saja harapan aku..


time aku form 4.. aku suka gila search-search kat encik google pasal matriks.. hampir semua matriks aku jelajah.. aku baca la kelebihan-kelebihan.. so minat aku nak masuk matriks ni bertambah sangat.. sampai akhir tahun 2012, time tu cuti sekolah aku pergi la tuition semata-mata bertekad untuk masuk ke matriks.. so mak aku tau.. mak aku pun bertekad jugak sampai hari ni. hahaha...


masuk ja form 5, aku lagha banyak.. banyak sangat.. tambah-tambah lepas patah jari kaki hari tu.. memang memain sesaja.. aku pun qalit main.. qalit sembang. hehe.. tapi aku masih ada keazaman lagi nak masuk matriks.. hahaha... time tu, aku bajet macam spm nanti result aku boleh cukup-cukup makan la untuk masuk matriks.. aku usahalah bagi subjek-subjek sains aku ni tak jatuh.. tapi malangnya fizik and addmath tu pengganngu aku masa tuh..




aku usaha lah pernaikkan markah fizik and addmath.. kimia and biology aku just buat besa-besa saja.. haha.. no struggling sangat dengan subjek bio n chem.. so, aku more focus kat addmat n fizik tapi markah 2 subjek tu tetap rendah sampai lah ke Percubaan SPM.. okey.. time tu mental memang tercabar.. bukan mental saja, malah hati jugak macam menangis ja... percubaan, aku dapat bio B+. chem B. addmath E. fizik D.. memang tercabar oke..

then, aku pulun la sikit, tak banyak pun.. so, time result keluar 20 mac hari tu memang mengejutkan aku beb!.. haha.. aku fokus-fokus 2 subjek tu gila-gila lah.. tu pun Alhamdulillah cukup-cukup makan C+.. lega... tapi kembali aku tengok result bio aku.. aku daat B.. turun la dari percubaan hari tuh.. huhu... bertambah terkejut aku bila aku tengok result kimia aku, D?? hahaha.. nganga luas la aku... time tu aku hanya kata "chem pegi mampus!" haha.. sangat kejaam... hehehehe


huhu... pikir dah aku nak belajar kat mana lepas ni.. sahih matriks tak lepas... so menangis lah aku seorang diri di dalam hati ni.. sapa yang tau kan? abah n mak pun tak tahu.. diam makna sedih oke, bukan diam tanda suka... hikhikss... time tu aku hanya pikir perasaan mak abah... apa la perasaan lepabila tengok result anak sulung macam apa lagi.. hahaha...


 *husnudzon billah* 


yang tu ja aku pikir sepanjang aku nak mohon masuk u.. Allah dah merancang yang terbaik untuk aku... jadi aku patut terima segala ketentuanNya.. mak abah pun dah bagi nasihat.. aku redha.. itu ja yang penting.... redha buat hati kita lebih tenang... lebih selesa dalam mengadapi kehidupan selepas ni.. aicehhh.. ayatt....





Share:

Husnudzon 1


Assalamualaikum...

*eh? aku publish balik? haha..*

*entri ni adalah untuk menghilangkan rasa stress yang ada dalam diri aku*


time aku menaip entri untuk kali ni adalah pada pukul 4.30 pagi... pagi? awal pagi.. lagi beberapa hari lagi result spm nak keluar.. aku macam rasa something ja.. nak tidur pun takut.. *taktahu sebab apa* tapi asal nak pejamkan mata ja, kompom terpikir soal result..


so, aku tak mau la manja-manjakan emosi aku ni, aku memang berani mati check jawapan paper1 aku.. sebenarnya, aku dah janji pada diri aku ni supaya tak meng'check' jawapan sampai hari result keluar.. tapi apa kan daya.. aku mudah memungkiri janji itu.. ㅠ.ㅠ..


oke first aku check paper math.. paper math boleh dikatakan senang la.. so aku berani gitu-gitu je la.. tak berani lebih-lebih.. tapi perangai setan aku ni muncul bila aku tak puas hati tentang satu soalan yang aku 'rasa' betul tapi skema bagi jawapan membuatkan jawapan aku jadi salah... tapi, oke ALHAMDULIILLAH... 35/40... =]


second, biology... yang ni lagi la banyak setan yang masuk dalam hati and badan aku sampai aku jadi tak waras..! tak waras tau! huhu.. malam exam tu bukan main berborak panjang dgan Mr.SS sampai aku rasa aku ni dah teror la kut bio.. pigirahh.!! haha.. *tengok setan duk hasut aku*.. tapi sesungguhnya aku bersyukur dengan pemberian dan nikmat yang Allah telah berikan pada aku semasa aku menjawab soalan biologi ni.. hakhak.. ALHAMDULILLAH.. 39/50.. =]


third, Chemistry.. huh >,<.. subjek ni dolu-dolu aku minat.. *minat la jugak..sigh* tapi sayang.. sayang seribu kali sayang bila result untuk paper 1 aku ni teruk.. terukss.. sebab apa ada ss? sebab jatuh banyak... haha.. nampak begitu sadis sekali tapi apakan daya.. banyak tu sahaja aku mampu hasilkan.. heww... *muka aku time ni tengah blurr* tapi time ni setan tak banyak sangat hasut.. aku sendiri taktahu kenapa... ALHAMDULILLAH.. 24/50..


forth, (eh! dah Forth?).. yang ni baru aku check paper fizik yang cute tu.. *eh, cute?* .. mula-mula aku nak check kertas ni, aku pikir banyak kali jugak laa.. takut-takut aku sawan lepas check paper ni... tapi macam biasa.. aku ni memang 'master' physics.. aku ni alah bisa tegal biasa dengan fizik.. *kan dah biasa dapat markah rendah, serendah 15?* haha.. anyway.. resultnya memang membanggakan aku sedikit.. sedikit saja.. hii.. ALHAMDULILLAH... 26/50.. aku terkejut gilo.. fizik lebih tinggi dari kimia... *pengsan golek-golek*..


lastly...paper sejarah.. haih!.. yang ni parah dan kritikal.. hantar masuk hospital pun, pihak hospital suruh balik persiapkan keranda.. huu.. aku check-check tu awal-awalnya sedih.. sedih sangat.. tapi bila dipikirkan.. malam exam sejarah tu aku memang memain.. haa.. memang padan muka ko la hanna oi.. haha.. BTW, ALHAMDULILLAH ya Allah.. 26/40..

Btw.. Alahamdulillah Ya Allah... sesungguhnya pemberian Mu bermakna buatku.. =]




banyak ni ja aku check.. aku post benda ni pon sebab aku selalu pikir, "adakah aku dapat menerima keputusan SPM aku ini dengan redha dan seadanya..?" and "dapatkah mak aku terima keputusan SPM aku ni?" and "aku kena menangis macam dulu ka time lepas keluar result?" macam-macam soalan keluar dari minda aku.. banyak sangat-sangat.. huhu.. ㅠ.ㅠ


tapi apakan daya, yang tu lah doa, usaha dan ikhtiar aku selama ni.. cuma tinggal tawakal ja.. *kan fatin?*.. kalau result aku tak gempak pun, ni memang salah aku jugak.. hehe.. Anyway, yakin, percaya dan bersangka baiklah pada Allah, sesungguhnya Allah telah merangka kehidupan yang terbaik untuk kita pada masa hadapan... *husnudzon* (tears)





"Ya Allah, berikanlah kejayaan kepada aku dan rakan-rakan di dunia dan di Akhirat, dah permudahkanlah segala urusan di dunia mahupun di Akhirat, Amin"



#happy reading this entry.. *eye full of tears* :')

Share: