Sunday, 21 July 2013

aku menyesal :'(



Assalamualaikum……..



Selamat…selamat…selamat…  hakhakhakXD tetiba jadi gila jaa… haha.. 28 hari je lagi nak trial.. sekejap masa berlalu.. aku sedih sesangat malam nie. Macam-macam jadi kat aku. Isi borang matrikulasi tak jadi, buat homework tu tak jadi.. last-last aku hempok lappy aku.. sudaahhhhh!!!


Apa yang jadi? Sah-sah rosak kan! Hurm.. tak tau dah nak buat apa…  menangis jugak la tadi.. setengah jam.. tak tau nak gitau macamana kat mak dan abah.. huhu :’(


Aku terlalu ikutkan perasaan sangat. Sampai benda yang tak bersalah jadi mangsa. Huh >,< kesiann.. dulu pernah jadi dah kes macam ni. Time tu aku hempok henset adik aku.. rosak jugak.. alahaiii hanya hati ja yang tahu bertapa cuaknya aku.. >,<



Sekarang aku tengah guna lappy mak aku. Itu pun sebab ada adik aku… kalau tak, memang kantoi dengan mak la kan! So aku decide nak berhenti dulu guna lappy.. =) mungkin ada hikmahnya dari apa yang telah jadi… lagi pun trial dah dekat. Berbanyak-banyaklah hang study hanna oii.. 



So, mungkin lepas ni aku jarang update apa-apa.. T_T… susah nak online lepas ni… kena mintak kebenaran mak la lepas ni…


Thinks positive hanna!!!


 
"Kucing aku la.. bru lpas mandi.. heee"

"Generasi dy byk g kt umah aku.."
"Smlm adik dy bru ja brnk.. alhamdulillah 4 ekoq bayi kucing baru lahir.. hehe"






 p/s: comelnya anak kucing tu…. Terima kasih!




Gudbye, gudnite, gudluck! Gudday!  Hehehe…
Share:

Friday, 12 July 2013

Ramadhan Tiba Lagi!! ~~~ terima kasih kerana kembali menjelma dalam hidup saya =D

Assalamualaikum =)

A big smile for all of you! Hehe.. okey! Sudah 3 hari kita berganjak ke bulan Ramadhan. So selamat menyambut bulan Ramadhan al-Mubarak!


Baru pagi tadi aku ada dapat satu link dari frens aku kat fb. He give me a Ramadhan video. Video tu boleh dikatakan dokumentari la jugak. Macam searching about Islam gitu2.. ahaha =) best actually (walaupon takde subtitle kan=_=)


Tapi aku sedaya upaya memahami video tu dengan merujuk kata-kata yang aku tak paham dari azali lagi menggunakan BESTA~~~ .. challenging gila.. tahap kesabaran mau tinggi la kan.. =) bulan posa ni! Kena banyak-banyaklah bersabar.. =p


So kepada yang tak faham akan maksud yang cuba disampaikan oleh wartawan tu, rajin-rajinlah mencari kamus. Selain dapat memahami maklumat yang cuba disampaikan, dapat-dapat jugak menambahkan vocabulary korang! Have fun! Haha



aku bagi link jer larh muahahaha.. =D tetiba jer aku tak reti nak upload video :p.. nah! Korea Today- Muslim In Korea prepare for these Ramadhan =).. sharing is caring naihh! 




 p/s: mak aku tengok jer video tu, terus suruh aku jadi wartawan=) biar betul? >,<







Share:

Tuesday, 9 July 2013

Hari Kejohanan vs Hari Anugerah Cemerlang

Assalamualaikum.


Sudah berapa lama tak update, terasa malas sebenarnya tapi disebabkan keseronokan yang menggunung memang aku tak boleh nak lepaskan lah peluang untuk meng‘update’ cerita baru ni!.




HARI BALAPAN DAN PADANG SMKDSO


Cerita pertama yang aku nak cerita ialah hari sukan sekolah aku. Hari sukan ni actually berlangsung 2 minggu yang lepas, tarikh 26 Jun hari tu. Hurm.  Soalan pertama yang selalu orang tanya.. best tak? , meriah tak? Dan ad macam-macam lagi. Tapi jawapan aku? hehe =)


Okey, jawapan aku semestinya ya! Tapi kurang meriah! Erm, tahun ni tahun last aku and kawan-kawan. So, aku cuba untuk sertai perkara yang aku paling tak suka dahulu, kini tidak lagi. Aku cuba sertai kawad kaki! Wow! Nurul Hanna Azam sertai kawad kaki? Wowowow..



Tak la sampai terkejut beruk sangat! Simple je kawad kaki ni. Just jalan as a robot dekat tengah-tengah padang jer. Tak perlu apa-apa formasi pun. Tapi bagi aku walaupun simple, tetap memenatkan! Huh >,<. But I am doing well you know.. how happy I am! Hahaha XD


Tapi sangat sadis sekali apabila kawad yang aku sertai iaitu PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia, actually) langsung tak mendapat tempat time acara kawad kaki or perbarisan hari tu. Aku rasa kami semua tak hengat dunia dah belatih sampai burn-burn muka. Tapi itu semua rezeki! Mungkin rezeki kami tak dak tahun ini untuk menang! Apapun janji aku bahagia!


Lepas-lepas kawad kaki, aku, Fatha and Qamarina jejalan kejap kat area padang. Duk lepak-lepak kejap terus rasa nak balik!. Bila dah ada niat tu, terus-teruskan saja niat yang tak beberapa nak murni tu. Naik dorm, bukak makanan yang kami dapat tu and terus kami melantak sampai tak hengat dunia dah!


Rupa-rupanya ada jugak yang lebih kurang kami! Fatin!!! Dia duk kat dorm lagi lama! Haha.. lena! So, around pukul 5 gitu, kami siap-siap nak turun pergi padang. Nak tengok pengetua baru yang cun (kata orang! hekhek). Aku pakai slipper jer, sesangatlah sempoi! Dah la duduk kat rumah orang lain! Memang buat kepala sungguh aku ni! Kesian Jah duk sorang-sorang kat Mangkubumi tu! Sorry Jah!


Menang tak menang, aku tetap puas sebab Mangkubumi tak duk kat tempat yang terakhir. Ni kes ramai etlit yang keluar.. =) so tempat pertama, kedua dan ketiga sudah diisi.. haha… nasib dapat tempat yang keempat! Kira okey la tu.. Alhamdulillah!


Gambar hari kejohanan balapan dan padang SMK Dato’ Syed Omar tak banyak! Just beberapa keping jer. Tu pun mintak kat orang lain! Memang sadis betul!



time latihan kawad kaki ppim =)


practise makes perfect! belajar biology tengah-tengah padang!



cun! ppim semuanya cun! 


sebelah kanan or sebelah kiri? sunburn! on nooo! hahahaha XD




HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKDSO


Sekali harung ni! Hari Anugerah Cemerlang (HAC) baru belangsung jer. Tarikh 8 Julai 2013. Bertempat di dewan makan asrama! Hohoho!


Tahun ini mejar dah tukar sekolah. Mejar bertukar ke SMK Tanah Merah, Pendang. Dekat sikit dengan rumah Mejar. Sedih sangat! Mejar bertukar, semuanya bertukar! Dapat pengetua ex-Asma, memang cari nahas la kan. Tapi akedemik mau hebat la. Tapi aku respect pengetua baru ni, sebab dia take care gila soal akademik! So aku akan cuba senangkan hati aku! =)


Ok berbalik kepada HAC tahun nie. Dewan tersangat-sangatlah grand! Pergh macam hotel kot. Langsir tukar, banner depan tukar, decor baru kat pentas pulak tu! Senang cerita semuanya sudah bertukar. Macam duk kat dewan makan yang baru pulak rasanya.!


Tadi, aku jadi pengiring VIP. Tetiba ja tukar tempat. Asalnya aku just pengiring waris, tapi tetiba saja dinaikkan pangkat! Memang menakutkan gila! Aku sangat terketaq-ketaq! Tapi berkat tunjuk ajar cikgu Rusmaliza, boleh-boleh la aku mencuba! Apa salahnya kalau aku mencuba perkara yang baru. Betul kan?


Pengiring VIP sebenarnya lagi senang dari pengiring waris! Waris ada pelbagai kerenah! Tapi VIP just ikut kita and then, follow up je apa yang kita suruh. Aku, Aiman Faiz and Syafiq Firdaus! Syafiq bagus, dia tolong aku supaya hilangkan gelabah aku! terima kasih daun keladi Encik Syafiq!


Aku iring lebih 5 orang VIP jugak sampai masuk ke dalam dewan. Pengetua-pengetua dari sekolah lain pun ada jugak. Tapi salah satu daripada VIP tu adalah mak ‘kawan’ aku sendiri! Aku terkejut sangat-sangat. Mak dia memang cantik. First sight, macam kenal. Dua tiga kali pandang, oh noooo!


Mak MR.S la! So, Syafiq suruh aku iring cikgu tu! Aku pun ikut! Mak dia asyik tersenyum jer.. anak nak ambil anugerah la katakan! Tahniah kepada puan dan anak puan! Hehehe.. gatainya aku!


Athirah dormmate aku pulak pergi iring ayah ‘dia’, memang cun la kan! =). Then, lepas sampai saja Tunku Puteri Intan Syafinaz, kitorang naik atas tukar baju batik pulak, sebab ada banyak kerja yang menanti kami! So time HAC memang tak sempat nak duk rilek la. Pasti ada kerja yang perlu kami laksanakan! Budak cemerlang la katakan! Hehehe XD


Aku ucap tahniah dekat si Dia tadi! First, melalui Muzaffar form 4. Pastu aku sendiri! Pergh! Aku terketaq-ketaq gila time bagi makanan kat dia. Memalukan je aku nie! Hari ni merupakan hari bahagia aku! terima kasih sebab merwarnai hari saya pada hari ini.. (cehh, ayat! >,<)

Hang hensem hari ni!>,<


so sampai di sini saja citer aku nie! Sekali harung ja nie. Sorry sangat-sangat kalau tak memuaskan! Hehehe… gegeh!






habih cun dah ni.. hahaha XD




p/s: afiqah,  mr. A hang hensem jugak hari ini! Hakhak XD.. cari hang x jumpa tadi! =) bye3
Share: