Assalamualaikum.
Sudah berapa lama tak update, terasa malas sebenarnya
tapi disebabkan keseronokan yang menggunung memang aku tak boleh nak lepaskan
lah peluang untuk meng‘update’ cerita baru ni!.
HARI BALAPAN DAN PADANG SMKDSO
Cerita pertama yang aku nak cerita ialah hari
sukan sekolah aku. Hari sukan ni actually berlangsung 2 minggu yang lepas,
tarikh 26 Jun hari tu. Hurm. Soalan pertama
yang selalu orang tanya.. best tak? , meriah tak? Dan ad macam-macam lagi. Tapi
jawapan aku? hehe =)
Okey, jawapan aku semestinya ya! Tapi kurang
meriah! Erm, tahun ni tahun last aku and kawan-kawan. So, aku cuba untuk sertai
perkara yang aku paling tak suka dahulu, kini tidak lagi. Aku cuba sertai kawad
kaki! Wow! Nurul Hanna Azam sertai kawad kaki? Wowowow..
Tak la sampai terkejut beruk sangat! Simple je
kawad kaki ni. Just jalan as a robot dekat tengah-tengah padang jer. Tak perlu
apa-apa formasi pun. Tapi bagi aku walaupun simple, tetap memenatkan! Huh >,<.
But I am doing well you know.. how happy I am! Hahaha XD
Tapi sangat sadis sekali apabila kawad yang aku
sertai iaitu PPIM (Pergerakan Puteri Islam Malaysia, actually) langsung tak
mendapat tempat time acara kawad kaki or perbarisan hari tu. Aku rasa kami
semua tak hengat dunia dah belatih sampai burn-burn muka. Tapi itu semua
rezeki! Mungkin rezeki kami tak dak tahun ini untuk menang! Apapun janji aku
bahagia!
Lepas-lepas kawad kaki, aku, Fatha and Qamarina jejalan
kejap kat area padang. Duk lepak-lepak kejap terus rasa nak balik!. Bila dah
ada niat tu, terus-teruskan saja niat yang tak beberapa nak murni tu. Naik dorm,
bukak makanan yang kami dapat tu and terus kami melantak sampai tak hengat
dunia dah!
Rupa-rupanya ada jugak yang lebih kurang kami! Fatin!!!
Dia duk kat dorm lagi lama! Haha.. lena! So, around pukul 5 gitu, kami
siap-siap nak turun pergi padang. Nak tengok pengetua baru yang cun (kata orang!
hekhek). Aku pakai slipper jer, sesangatlah sempoi! Dah la duduk kat rumah orang
lain! Memang buat kepala sungguh aku ni! Kesian Jah duk sorang-sorang kat
Mangkubumi tu! Sorry Jah!
Menang tak menang, aku tetap puas sebab
Mangkubumi tak duk kat tempat yang terakhir. Ni kes ramai etlit yang keluar..
=) so tempat pertama, kedua dan ketiga sudah diisi.. haha… nasib dapat tempat
yang keempat! Kira okey la tu.. Alhamdulillah!
Gambar hari kejohanan balapan dan padang SMK Dato’
Syed Omar tak banyak! Just beberapa keping jer. Tu pun mintak kat orang lain! Memang
sadis betul!
![]() |
time latihan kawad kaki ppim =) |
![]() |
practise makes perfect! belajar biology tengah-tengah padang! |
![]() |
cun! ppim semuanya cun! |
![]() |
sebelah kanan or sebelah kiri? sunburn! on nooo! hahahaha XD |
HARI ANUGERAH CEMERLANG SMKDSO
Sekali harung ni! Hari Anugerah Cemerlang (HAC)
baru belangsung jer. Tarikh 8 Julai 2013. Bertempat di dewan makan asrama! Hohoho!
Tahun ini mejar dah tukar sekolah. Mejar bertukar
ke SMK Tanah Merah, Pendang. Dekat sikit dengan rumah Mejar. Sedih sangat! Mejar
bertukar, semuanya bertukar! Dapat pengetua ex-Asma, memang cari nahas la kan. Tapi
akedemik mau hebat la. Tapi aku respect pengetua baru ni, sebab dia take care
gila soal akademik! So aku akan cuba senangkan hati aku! =)
Ok berbalik kepada HAC tahun nie. Dewan tersangat-sangatlah
grand! Pergh macam hotel kot. Langsir tukar, banner depan tukar, decor baru kat
pentas pulak tu! Senang cerita semuanya sudah bertukar. Macam duk kat dewan
makan yang baru pulak rasanya.!
Tadi, aku jadi pengiring VIP. Tetiba ja tukar
tempat. Asalnya aku just pengiring waris, tapi tetiba saja dinaikkan pangkat! Memang
menakutkan gila! Aku sangat terketaq-ketaq! Tapi berkat tunjuk ajar cikgu
Rusmaliza, boleh-boleh la aku mencuba! Apa salahnya kalau aku mencuba perkara
yang baru. Betul kan?
Pengiring VIP sebenarnya lagi senang dari pengiring
waris! Waris ada pelbagai kerenah! Tapi VIP just ikut kita and then, follow up
je apa yang kita suruh. Aku, Aiman Faiz and Syafiq Firdaus! Syafiq bagus, dia
tolong aku supaya hilangkan gelabah aku! terima kasih daun keladi Encik Syafiq!
Aku iring lebih 5 orang VIP jugak sampai masuk ke
dalam dewan. Pengetua-pengetua dari sekolah lain pun ada jugak. Tapi salah satu
daripada VIP tu adalah mak ‘kawan’ aku sendiri! Aku terkejut sangat-sangat. Mak
dia memang cantik. First sight, macam kenal. Dua tiga kali pandang, oh noooo!
Mak MR.S la! So, Syafiq suruh aku iring cikgu tu!
Aku pun ikut! Mak dia asyik tersenyum jer.. anak nak ambil anugerah la katakan!
Tahniah kepada puan dan anak puan! Hehehe.. gatainya aku!
Athirah dormmate aku pulak pergi iring ayah ‘dia’,
memang cun la kan! =). Then, lepas sampai saja Tunku Puteri Intan Syafinaz,
kitorang naik atas tukar baju batik pulak, sebab ada banyak kerja yang menanti
kami! So time HAC memang tak sempat nak duk rilek la. Pasti ada kerja yang
perlu kami laksanakan! Budak cemerlang la katakan! Hehehe XD
Aku ucap tahniah dekat si Dia tadi! First, melalui
Muzaffar form 4. Pastu aku sendiri! Pergh! Aku terketaq-ketaq gila time bagi
makanan kat dia. Memalukan je aku nie! Hari ni merupakan hari bahagia aku!
terima kasih sebab merwarnai hari saya pada hari ini.. (cehh, ayat! >,<)
so sampai di sini saja citer aku nie! Sekali harung
ja nie. Sorry sangat-sangat kalau tak memuaskan! Hehehe… gegeh!
![]() |
habih cun dah ni.. hahaha XD |
0 comments:
Post a Comment